Isu dan kontroversi Khalid_Abu_Bakar

Tindakan terhadap Mualaf Ridzuan

Pada 25 Julai 2014, Hakim Lee Swee Seng di Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara (KPN) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya. Permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah. Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September 2014.[perlu rujukan]

Peguam Indira ialah M Kula Segaran (ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP)). Jabatan Peguam Negara mewakili Khalid selaku pegawai polis tertinggi negara. Kes ini merupakan menjadi mercu tanda kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.

Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira. Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009. Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam. Namun pada Julai 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu lalu memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut Perlembagaan Malaysia. Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.

Khalid selaku KPN enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan daripada kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Beliau mengatakan bahawa polis tersepit antara dua sistem mahkamah.[4]

Rujukan

WikiPedia: Khalid_Abu_Bakar http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhalidK... http://www.hmetro.com.my/articles/AzlanMandianuger... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/... http://www.sinarharian.com.my/azlan-man-mb-perlis-... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://web.archive.org/web/*/http://www.themalaysi... http://web.archive.org/web/*/http://www2.hmetro.co... http://isni.org/isni/0000000123078343 https://id.loc.gov/authorities/names/nr93021988